Sejarah Sekolah
SK Permatang Pelandok ialah salah satu sebuah sekolah yang terletak di Kampung Permatang Pelandok dalam kawasan Labu Kubong. Terletak 20km dari pekan Teluk Intan Daerah Hilir Perak. SK Permatang Pelandok telah wujud sejak tahun 1928 lagi. Sekolah ini bersempena dengan nama Kampung Permatang Pelandok. SK Permatang Pelandok terletak dalam DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Penubuhan Pusat Sumber Sekolah adalah seiring dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Permatang Pelandok
Sekolah SK Permatang Pelandok ini adalah salah sebuah
sekolah yang tertua di sekitar Labu Kubong.
Murid-murid yang datang ke sekolah ini adalah ari sekitar kawasan Labu
Kubong hingga kawasan Sungai Tungku pada
ketika itu. Bilangan murid pertama SK
Permatang Pelandok seramai 365 orang.
Jumlah murid di sekolah ini berterusan hingga tujuh tahun berikutnya.
SK Permatang Pelandok mendapat bantuan penuh kerajaan
pada tahun 1958 dan pada masa yang sama sebuah bangunan baru telah dibina oleh
kerajaan menggantikan bangunan lama yang kia usang (Naik taraf). SK Permatang Pelandok ini mempunyai keluasan
12 ekar iaitu 4 ekar untuk bangunan sekolah dan padang permainan. Bahagian belakang terdapat ladang kelapa
sawit milik sekolah seluas 8 ekar. Sebuah bangunan baru telah dibina
berhampiran dengan bangunan yang dinaiktaraf pada tahun 1968.
Dua blok bangunan sekolah baru telah didirikan dan
pembukaan rasmi dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Wan Mohamed B Hj Wan Teh (SPC,
PJK) iaitu Menteri Besar iaitu pada hari Sabtu, 7 Oktober 1978. Sekolah ini telah menerima bantuan kewangan
dari YAB Tan Seri Tajul Rosli Bin Hj Ghazali iaitu Menteri Besar pada tahun
2001. Peruntukan yang diperolehi
digunakan untuk mendirikan tempat letak kereta, tempat basikal, dan menaiktaraf
Dataran Kejat dan program kecemerlangan murid.
Badan amal dan kebajikan isteri-isteri Menteri Perak (BAIDURI) juga
telah menyumbangkan beberapa buah komputer untuk murid-murid mempelajari dan mengenali
IT. Pada tahun 2002, sekolah ini telah
mendapat sebuah makmal komputer Fasa 2 dan pada tahun2003,
kelas Pra Sekolah mula beroperasi dan pihak JPN/KPM
telah menghantar semua keperluan untuk P&P Pra Sekolah dan Makmal Komputer
Sekolah.
Pada tahun 2006, SKPP telah mendapat peruntukan
daripada JPN membina bangunan pondok pengawal keselamatan yang baru. Pendawaian elektrik telah digantikan dengan
yang baru pada tahun 2006. Selain itu,
tandas sekolah juga telah dinaiktaraf dengan batu mar-mar. Pada tahun 2007, Kelas Pemulihan telah
diselenggara dan dinaiktaraf. Seterusnya
pada tahun 2008, sekolah telah mendapat peruntukan untuk kerja-kerja
penyelenggaraan kantin, iaitu lantai dan dinding turut dipasang dengan jubin
serta dibekalkan sinki pasang siapdan kerja-kerja mengecat kantin
dlakukan. Pada tahun 2009 kerja-kerja
ubahsuai / naiktaraf di pejabat pentadbiran dan bilik guru dilakukan. Kerj-kerja memecah dan memasang semula jubin
jenis heavy duty lantai dengan keluasan 720 kaki persegi setiap satu
dilakukan. Pada 2010, SKPP telah
mendapat sebuah kabin pasang siap yang menempatkan 2 buah kelas iaitu Tahun 6
dan Tahun 2.
Senarai nama Guru Besar SK Permatang Pelandok:
1. En Jaafar Bin Kassim 1949
- 1954
2. En Saidin Bin Othman 1954
- 1957
3. En Megat Hussain Bin Megat Hj Ali 1957 - 1966
4. En Mohd
Sharif Bin Abu Samah 1966 - 1985
5. En Hj Muhammad Bin Abdullah 1985
- 1988
6. En Naharawi Bin Shaari 1988
- 1989
7. En Abdul Rahman Bin Ahmad 1989
- 1993
8. En Jamaluddin Bin Hj Mohd Sillah 16.10.93 - 31.03.98
9. En Mohd Sulaiman Bin Hj Othman 01.04.98 - 15.05.98
10. En
Ghazali Bin Suratman 01.06.98
- 06.11.02
11. Pn
Norkizah Bt Nor Hamzah
07.11.02 - 19.05.03
12. En
Azni Bin Daud 20.05.03 - 30.12.03
13. Tn
Hj Hamzah Bin Ahmad
31.12.03 - 16.08.07
14. Pn
Ruhana Bt Ishak 01.04.08
- 22.03.11
15. Tn
Hj Rosli Bin Rasit 2011
16. Pn
Rohana Bt Mohd Alifiah 2011
- 2012
17. En
Sa’adin Bin Erang 2015 - 2015
18. En
Ahmad Damanhuri B. Md Mahayudin 2015 - 2018
19. Pn
Rosilawati Bt Abdul Aziz 2018
- sekarang
No comments:
Post a Comment